Hantu

Posted in Gejala Sosial on Oktober 28, 2007 by jere

Hantu secara umum merujuk pada kehidupan setelah kematian. Hantu juga dikaitkan dengan roh atau arwah yang meninggalkan badan karena kematian. Definisi dari hantu pada umumnya berbeda untuk setiap agama, peradaban, maupun adat istiadat.

Meskipun secara umum hantu merujuk pada suatu zat yang mengganggu kehidupan duniawi, dalam banyak kebudayaan, hantu tidak didefinisikan sebagai zat yang baik maupun jahat. Sebutan setan, iblis, gondorowo, dan sebagainya, lebih umum digunakan untuk merujuk kepada hantu yang jahat. Sedangkan hantu yang baik yang dianggap mempunyai kemampuan untuk menolong manusia, disebut dengan bermacam nama yang berbeda, seperti sebutan untuk Datuk, Te Cu Kong (penguasa tanah, dalam agama Kong Hu Cu), dan lainnya. Tetapi di dalam kebanyakan agama, meminta hantu untuk membantu manusia adalah dilarang.

Hantu dipercaya keberadaannya oleh hampir semua umat manusia yang mempercayai adanya Tuhan, meskipun hanya sebagian kecil yang mengakui pernah melihat hantu secara langsung. Keberadaan hantu menjadi pro dan kontra di banyak negara maju. Sebagian ilmuwan beranggapan hantu hanyalah ilusi ataupun khayalan mereka yang mempercayainya, sementara sebagian ilmuwan lain berusaha membuktikannya secara ilmiah adanya zat yang terkandung dalam hantu.

Tentang hantu

Posted in Gejala Sosial on Oktober 27, 2007 by jere

Terdapat beberapa jenis hantu yang menyeramkan di kawasan kinabatangan…
-Balan-balan
-Balan-balan adalah dalam bahasa orang sungai.Disemananjung ia dipanggil
hantu penggal,lahir dari amalan spiritual…
-Mangsa utamanya adalah orang mengandung,orang sungai
mencegahnya menggunakan daun limau…
-Dikinabatangan kita boleh melihat balan-balan 4 kali setiap malam…

- Kelabaya
-Hantu yang berkeliaran pada waktu malam,selalunya ditempat yang sunyi
-kelabaya suka pada orang lelaki..
-Kelabaya juga tidak mempunyai kepala,bila dekat dengan mangsanya
kelabaya akan ketawa dengan kuat..

-Susumolog
-Sejenis hantu yang boleh menyesatkan orang lelaki di hutan
-mempunyai buah dada yang panjang untuk menutup fikiran orang lain
-orang sungai menggunakan tiga batang kayu untuk menipunya

-Bayakang
-Terhasil daripada jenin yang mati,bayakang selalunya disuruh membunuh
orang yang tidak disukai…
-boleh menyerupai seseorang….

-Mondow
-Hantu yang boleh menyerupai orang untuk dijadikan makanan
-Mangsa utamanya adalah kanak-kanak…

-Pemasol
-Hantu Yang keluar pada waktu magrib….
-Setinggi pokok ara dan mempunyai mata yang merah menyalah
-mangsa utamanya adalah kanak yang bermain pada waktu magrib..

-Hantu Batang
-Hantu yang paling ditakuti,sebabnya menyerupai kayu balak
-mangsa, orang yang tengah mandi berseorangan,binatang yang tengah
minum air sungai……

-Pencongot
-Hantu yang menyerupai kanak-kanak ditepi sungai,tujuanya adalah untuk
menarik perhatian kanak-kanak mengikutinya
-Mempunyai tiga rambut emas…

-Kenkang Laut
-Hantu yang tinggal kat atas pokok…
-Mangsanya adalah jenazah yang baru dikubur…
-1983 merupakan tahun yang mengamparkan,dimana kebanyakan mayat
di koyak…………….

Suara ‘langsuir’ dekat kubur

Posted in Gejala Sosial on Oktober 27, 2007 by jere

KOTA BHARU: Kawasan berhampiran tanah perkuburan Kampung Sungai Keladi dekat sini menjadi tumpuan orang ramai sejak tiga minggu lalu, berikutan dakwaan penduduk mendengar suara langsuir merintih serta mengilai di kawasan itu.

Malah, ada pihak turut mengambil kesempatan menjalankan perniagaan minuman dan makanan ringan di sekitar kawasan itu terutama pada malam minggu.

Difahamkan, kira-kira 150 pengunjung ke kawasan terbabit setiap malam sehingga menimbulkan suasana bising di kawasan perkuburan itu terutama apabila sebahagian besarnya adalah kumpulan bermotosikal.

Bagaimanapun, suara yang dinantikan orang ramai yang ‘berkampung’ di situ sejak seminggu lalu tidak kedengaran menyebabkan sebahagiannya pulang hampa.

Tinjauan Harian Metro ke kawasan berkenaan malam kelmarin, mendapati ada pengunjung yang merakamkan gambar sekitar kubur dan berharap dapat mendengar suara hilaian seperti yang didakwa.

Seorang pengunjung, Azman Jusoh, 26, berkata dia dan tiga rakan dari Melor, dekat sini, ke kampung itu semata-mata mahu mendengar sendiri suara misteri seperti yang dihebohkan.

“Banyak cerita saya dengar mengenai suara perempuan mengilai dan menangis. Rakan saya juga heboh menceritakan kejadian ini. Jadi, saya cuma nak pastikan kebenarannya.

“Tak tahulah… mungkin betul agaknya. Sebab itu ramai orang datang ke sini,â€? katanya.

Sebelum ini, penduduk di Kampung Sungai Keladi itu gempar selepas mendakwa terdengar suara wanita merintih dan mengilai menjelang tengah malam sehingga Subuh menyebabkan ada penduduk mendakwa suara itu adalah suara daripada seekor hantu langsuir yang sedang sakit.

Mereka mendakwa ada penduduk yang ‘membela’ langsuir itu tetapi sudah tidak sanggup memberinya ‘makan’ dan ingin melepaskannya sehingga mengganggu penduduk kampung di situ.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Man berusia 20-an mendakwa, suara nyaring itu dapat didengari dengan jelas bermula jam 12 tengah malam kira-kira tiga minggu lalu sehinggalah ia perlahan-lahan hilang menjelang Subuh.

Menurutnya, seorang wanita yang tinggal berhampiran tanah perkuburan di kampung itu mendakwa pernah mendengar suara mengilai di atas bumbung rumahnya, kira-kira dua minggu lalu.

Katanya, wanita terbabit mendakwa terdengar bunyi seperti ada sesuatu yang merangkak di atas bumbung rumah.

“Wanita itu mendakwa hilaian suara yang didakwa langsuir itu mengganggu dia sekeluarga sehingga ada anak-anaknya demam kerana terlalu takut,� katanya.

Sementara itu, Timbalan Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, berkata umat Islam perlu merujuk kepada golongan ulama dan imam di kawasan mereka mengenai sesuatu perkara berkaitan makhluk halus.

“Makhluk halus memang wujud dan boleh menjelma dalam pelbagai bentuk. Tetapi, sebagai manusia, kita jangan taksub dan panik kerana ia menunjukkan kita sendiri seperti memberi pengiktirafan kepadanya.

“Sepatutnya, masyarakat tidak cepat percaya apa saja yang berlaku sebab mungkin juga ia hanya rekaan pihak tertentu. Sebaliknya, selidik perkara itu terlebih dulu dan rujuk kepada imam dan ustaz di tempat mereka,� katanya.

AMD lancar program ‘Better by Design’

Posted in Gejala Sosial on Oktober 27, 2007 by jere

ADVANCED Micro Devices Inc (AMD) dengan kerjasama peneraju teknologi global memperkenalkan program ‘Better by Design’ yang dapat meningkatkan prestasi dan penggunaan teknologi terkini pada sistem komputer peribadi (PC) desktop serta notebook.

Inisiatif AMD adalah usaha pertama syarikat itu dalam menyediakan komputer yang mempunyai tahap penyampaian prestasi lebih bertenaga dan dapat membantu pengguna untuk mendapatkan maklumat tambahan dalam membuat pilihan.

Naib Presiden Eksekutif Pemasaran dan Jualan AMD, Henri Richard, berkata program itu menggambarkan komitmen syarikat terhadap pelaksanaan strategi platform terbuka yang berasaskan teknologi lebih bertenaga.

Katanya, ia bagi membolehkan pelanggan pengeluar peralatan tulen (OEM) untuk menghasilkan reka bentuk penyelesaian PC berbeza dan mempunyai ciri premium.

Beliau berkata, ia dapat menawarkan prestasi penyampaian komputer dan tambah nilai seperti yang dikehendaki pengguna.

“Antara faktor kejayaan AMD sehingga kini adalah apabila kami secara berterusan mendengar pandangan pengguna dan pelanggan OEM, bagi menyediakan penyelesaian yang dapat menawarkan penggunaan sistem perkomputeran lebih bermakna,” katanya dalam satu kenyataan di Sunnyvale, baru-baru ini.

Ketika ini, Richard berkata, permintaan pengguna adalah mahu memiliki komputer yang bertenaga menepati kehendak mereka bagi mempertingkatkan cara hidup berasaskan dunia digital.

Katanya, mulai bulan ini, sistem komputer yang mempunyai label Better by Design akan dilengkapi prosesor dwi teras AMD64, grafik lebih bertenaga dan prestasi rangkaian tanpa wayar.

Beliau berkata, ia adalah antara langkah yang diambil dalam penyediaan visual dan prestasi bermutu tinggi, terutama apabila platform Windows Vista mula diperkenalkan tidak lama lagi.

Antara pengeluar komputer yang menyokong usaha itu adalah Acer, Dell, Gateway, Hewlett Packard (HP), Lenovo, NEC dan Tongfang.

Daripada segi penghasilan grafiknya pula, ATI dan Nvidia turut bekerjasama dalam menjayakan program itu termasuk pembabitan syarikat penyelesaian tanpa wayar seperti Airgo, Atheros serta Broadcom.

AMD 64 Athlon FX cip terpantas

Posted in Gejala Sosial on Oktober 27, 2007 by jere

BERKUASA: Cip baru AMD ini lebih menjimatkan
tenaga dan berprestasi tinggi.

ADVANCED Micro Devices (AMD),
syarikat cip prosesor yang berpangkalan di Amerika Syarikat
menghasilkan cip prosesor terpantas,
AMD 64 Athlon FX yang dipasangkan pada komputer dan sistem server.

AMD adalah pertama yang menghasilkan cip prosesor
menggunakan teknologi 65 nanometer.
Ia memerlukan tenaga sebanyak 30 peratus lebih kecil
daripada jika dibandingkan dengan cip yang kelajuan
yang sama yang dibangunkan dengan teknologi 90 nanometer.

Dalam membangunkan cip baru ini,
AMD mengguna teknologi silikon germanium,
teknologi yang serupa seperti yang digunakan oleh syarikat IBM.
Cip baru AMD dikatakan lebih menjimatkan tenaga
dan berprestasi tinggi.

Naib Presiden Bahagian Pengembangan Teknologi Logik AMD,
Nick Kepler, berkata, AMD dalam membangunkan cip yan lebih kos
berkesan dan menjimatkan tenaga akan beralih ke teknologi
proses 45 nanometer pada pertengahan 2008 dan seterusnya
ke teknologi 32 nanometer pada 2010.

“Perpindahan ke teknologi yang lebih kecil lagi adalah
tindakan bagi memenuhi permintaan pasaran.

AMD bekerjasama dengan IBM dalam pengembangan
teknologi pembuatan cip prosesor ini.

“Pesaing utamanya, Intel lebih dulu mengeluarkan
cip 65 nanometer sejak Oktober 2005.
Intel malahan menghasilkan cip dengan arkitektur( reka bentuk )
baru sehingga tidak hanya menjimatkan tenaga,
tapi juga meningkatkan tenaga kinetik,” katanya.

Intel mempunyai rencana mengeluarkan cip dengan
teknologi proses 45 nanometer pada pertengahan
tahun 2007 juga berencana mulai memproduksi chip
dengan teknologi proses 45 nanometer pada pertengahan 2007.

Mengenali lelaki melalui zodiak

Posted in Gejala Sosial on Oktober 27, 2007 by jere

Leo (24 Julai – 23 Ogos)
Mempunyai sikap suka menolong orang lain. Dia berkeyakinan pada diri sendiri dan ini membolehkannya menjadi pemimpin. Dia juga suka menjadi popular dan dipuji. Cinta merupakan sesuatu yang penting di dalam hidupnya. Rupanya yang tampan dan yakin menyebabkan pasangannya merasa bertuah.
Namun sikap yang paling tidak digemari oleh isteri atau kekasihnya, ialah sikap cemburunya. Lelaki ini juga apabila berkahwin sering menganggap rumahnya sebagai tempat berehat dan sering menganggap isterinya memberikan keselesaan padanya setelah penat bekerja.

Virgo (24 Ogos – 23 September)
Dia adalah lelaki yang mementingkan kebijaksanaan. Dia mahukan kesempurnaan, sentiasa mahu mengawal, dan jarang sekali terbawa oleh cinta.
Dia mengkritik dan mengadu. Dia juga agak mementingkan hal-hal yang halus terperinci. Di dalam soal kahwin, dia akan mengahwini wanita yang ada wang dan yang boleh membantunya. Dia seorang yang mengambil berat mengenai kesihatan dan kecergasan. Namun seringkali dia menyalahkan orang lain, sukar untuk mengakui kesilapan diri sendiri.

Libra (24 September – 23 Oktober)
Dia tidak gemar tangannya kotor, dia suka pekerjaan yang mempertingkatkan paras rupa orang lain seperti mendandan rambut, pereka fesyen atau menjual barangan kecantikan. Sikapnya terbuka, menyenangkan, suka bergaul dan ramai kawan. Sopan dan simpati. Antara kelemahannya ialah dia sukar memutuskan sesuatu yang tidak disukainya, ini mungkin mengakibatkan dia berkahwin dengan pasangan yang tidak sesuai.
Walaupun dia lelaki popular di kalangan wanita, emosinya terkawal dan dia kelihatan seperti pasangan yang kurang mengasihi. Pada mulanya wanita tertarik padanya kerana dia bertimbang rasa dan berhati-hati, kemudian setelah beberapa lama, sikap itu tenggelam. Dia biasanya adalah orang yang cermat dalam berbelanja tetapi agak boros pula dari segi membeli baju, wangian, atau perabot. Dia membelanjakan banyak wang untuk menarik perhatian orang yang dicintainya atau sesiapa yang dianggap penting.

Scorpio (24 Oktober – 22 November)
Renungannya yang tajam seolah-olah dapat membaca isi hati orang lain. Sama ada hatinya gembira atau sebaliknya dapat dilihat dari cara dia jalan. Dia akan berjalan dengan tenang bila hatinya suka dan tidak menentu bila dia kegelisahan. Dia seorang yang mudah tersinggung perasaannya, tetapi dapat menyembunyikan keadaan itu dengan rupa zahiriah yang agak cekal. Dia akan berusaha bertahun-tahun untuk mencapai cita-citanya atau untuk membalas dendam. Suka jika dapat menunjukkan kuasa, dan nampak lebih dominan dalam perhubungan.

Sagitarius (23 November – 22 Disember)
Dia seorang yang suka bergaul, suka kehidupan yang baik tetapi gemar berfoya-foya. Dia adalah insan yang paling romantik. Dia menarik, mudah bergaul dengan seorang yang suka kepada hiburan dan berjalan ke tempat-tempat yang menawan. Dari segi berpakaian, dia suka memakai pakaian yang kasual dan longgar.
Dia lelaki yang agak boros, dan jika tidak berhati-hati, mungkin terlibat dalam perjudian. Lelaki ini suka jika dapat berteman dengan wanita dan mudah pula jatuh hati. Tapi dia tidak suka terikat dalam masa yang panjang.

Capricorn (23 Disember -20 Januari)
Lelaki ini lebih berhati hati dalam hidup, dan selalu melakukan sesuatu berdasarkan keadaan. Dia tidak suka menukar rancangan yang telah dibuatnya. Dia agak pendiam dan suka bekerja sendiri. Dia adalah jenis pendendam dan akan ingat pada kejahatan yang dilakukan terhadap dirinya hingga bertahun-tahun.
Mungkin dialah paling tidak menarik kerana dia mendekati wanita menggunakan cara intelek. Dia mungkin kurang selesa dengan wanita yang beremosi tinggi tetapi sanggup berkahwin dengannya jika dia boleh membantu mencapai kejayaan dalam kerjaya. Lelaki ini sukar jatuh cinta, tetapi jika sudah jatuh cinta, dia akan amat mencintai wanita itu. Apabila berkahwin ia agak lokek dari segi kewangan. Dalam pergaulan, dia lebih suka kepada yang lebih tua dan konservetif.

Aquarius (21 Januari – 19 Februari)
Dia adalah lelaki yang pandai bercakap dan suka kepada cakap-cakap intelek. Dia agak kurang romantik. Dia sukar jatuh cinta kerana dia tidak mahu kecewa. Dia suka persahabatan yang sekejap berbanding hubungan yang panjang.
Lelaki ini suka ketawa dan mempunyai perkara- perkara yang menarik untuk dilakukan, tetapi dia boleh jadi pendiam pada suatu masa dan agak mengecewakan kekasihnya. Dia mungkin lambat berkahwin kerana tidak suka terikat. Sebagai lelaki, dia disukai oleh teman wanitanya kerana dia agak berbeza dan menarik, tetapi mengecewakan dari segi membuat komitmen.

Pisces (20 Februari – 20 Mac)
Dari segi berpakaian, mungkin dia kelihatan kurang kemas. Walaupun dari segi zahiriah dia agak kurang menarik, dia mempunyai personaliti yang bagus boleh berjenaka dan baik hati. Dia adalah lelaki yang pandai mengagak dan bersimpati tinggi, tetapi, hatinya selalu bimbang. Dia tidak suka berkelahi dan sedaya-upaya mengelakkannya.
Hidupnya suka menggembirakan hati orang lain, dia agak romantik dan mementingkan perasaan pasangan. Tetapi dia agak pemalu dan kurang keyakinan, menyebabkan dia lambat dalam hal menambat wanita. Dia agak sukar dari segi membuat keputusan, dan agak bertangguh untuk kahwin. Oleh kerana kelemahan ini, dia mudah dipengaruhi atau ditinggalkan. Dari segi bercinta, dia adalah seorang yang hangat, mengambil berat dan mengasihi, serta menghiburkan.

Aries (21 Mac – 20 April)
Dia kuat bekerja, suka bergaul, bersemangat dan bercita-cita, menjadikan dia seorang pemimpin. Dia lebih suka mengarah, berani dan suka menjelajah .Dia lebih suka memulakan sesuatu tetapi kemudian menyuruh orang lain menyelesaikan kerja itu. Dia mementingkan lahiriah dan mudah bergaul tetapi agak kurang keyakinan. Dia mudah cemburu dan kurang yakin dalam hubungan dengan wanita, tambah lagi dia merupakan seorang yang panas baran. Padanya cinta adalah amat penting, kerana dia benci hidup keseorangan, dan kerana dia merasa bangga ada orang yang sanggup menyerahkan jiwa raganya kepadanya. Ketika mula bercinta dia baik hati, mudah jenaka dan bersukaria tetapi apabila telah lama berkenalan, dia selalu menyakitkan hati, curiga dan marah-marah.

Taurus (21 April – 20 Mei)
Dia seorang yang praktikal serta berseni, mungkin boleh mengukir atau melukis. Suaranya merdu bila menyanyi dan sukakan muzik, malah mungkin seorang ahli muzik. Lelaki ini mudah bergaul, suka berjenaka dan ketawa. Bagaimanapun dia kurang yakin pada diri sendiri dan menyebabkan dia menggunakan bakat seninya untuk menarik hati wanita.
Dia juga adalah lelaki stabil, konservatif dan agak *.* hati, yang mahu tahu ke manakah arah tujuan dirinya. Lelaki ini pentingkan sekuriti dari segi kewangan, begitu juga dari segi rumahtangganya dan dengan sebab ini dia jarang ambil risiko atau memperjudikan hidupnya. Lelaki ini menanti-nantikan perkahwinannya. Pada masa inilah dia akan berasa selamat. Perasaan itulah yang tidak ada pada dirinya sebelum itu, disebabkan itu dia akan memilih pasangan hidupnya dengan agak teliti agar rumahtangganya berpanjangan. Kebolehannya menghias rumah dan kesungguhannya menjadikan dia pasangan yang baik. Dia tidak begitu minat dengan idea orang lain.

Gemini (21 Mei – 21 Jun)
Senyumannya menarik menyebabkan orang ramai tertarik kepadanya. Dia seorang yang bijak berfikir, ingatannya bijak dan teratur menjadikan ia pasangan yang menarik. Dia mungkin bekerja sebagai jurujual di mana dia berpeluang memujuk dan mempengaruh orang lain. Dalam menjadi pasangan hidup dia suka wanita yang boleh berfikiran sendiri, yang tidak pendiam dan yang cerdik bukan cantik menjadi keutamaanya.
Dia suka kepada luahan emosi kerana itu dianggap kebudak-budakan dan remeh kerana itu dia bermasalah untuk jatuh cinta kerana menganggap bahawa bila jatuh cinta, dia akan memberi banyak kuasa kepada kekasihnya. Pasangannya yang ideal adalah yang sanggup berkongsi akal, bukan hati

Rahsia menekel gurl :p

Posted in Gejala Sosial on Oktober 27, 2007 by jere

Rahsia Menambat Hati Perempuan
• Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya dari orang yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih sayang yang tiada nilai kepada mereka. Bila mereka rasa terhibur dan bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan yang amat setia dan cinta sepenuh hati. Sekiranya kasih sayang yang mutlak telah didambakan kepada orang yang disayanginya, segala pengorbanan akan dilakukan tanpa memberi sebarang nilai-itulah perempuan.
• Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada di zaman sekarang. Seringlah menelefon atau menghantar e-mail untuk bertanyakan khabar atau paling minima mengucapkan ‘Hai’ untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu. Bagi mereka walaupun satu
ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya.
• Berkongsilah masalah dengan mereka, cuba dengar pendapat mereka, sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka itu penting dalam diri kamu dan diperlukan.
• Jangan kamu ambil remeh-temeh pada perkara yang amat penting bagi mereka. Mereka sangat kuat ingatan terhadap tarikh-tarikh penting, contohnya hari ulang tahun. Apa salahnya buat ’surprise’ sekali sekala kepada orang yang kita sayangi. Mereka akan dapat rasakan yang kamu betul-betul menyayanginya.
• Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Mereka akan meminta bantuan kamu walaupun mereka mampu melakukannya. Jangan menolak sekiranya kamu tiada halangan ketika itu.Inilah masanya untuk kamu menonjolkan ke’macho’an kamu!.
• Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka dalam kesusahan. Ketika ini mereka benar-benar inginkan kamu
disisi mereka.
• Jangan kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka berhak mendapat pujian.
• Berbincanglah kamu selagi kamu boleh berbincang dan berbincanglah bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
• Jangankamu menggunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Sesetengah perempuan tidaksuka menyatakan secara terus terang tentang apa yang mereka inginkan, kadang-kadang mereka suka berkias dan memberi contoh ‘cerita orang lain’ kepada kamu. Jadi kamu kenalah peka dan gunakan kepakaran kamu untuk memenangi hati mereka.
• Jangan lupa, mereka juga ada ego yang terselit di celah-celah kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar..
lahirlah sifat amarah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan timbul bagi mereka yang suka memendam terhadap sesuatu yang mereka tidak puas hati. Mereka akan ‘meletup’ pada suatu hari. TETAPI kamu jangan sama-sama meletup. Kamu juga jangan lupa dalam diri kamu wujud satu sifat kepimpinan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam keadaan yang terkawal .Cari sebab mengapa ia terjadi dan bawa berbincang. Ditahap ini kesabaran, toleransi dan komunikasi amat penting. Lakukan dalam keadaan ketika mereka sudah ’sejuk’. Mungkin kamu juga boleh ‘cool’kan diri kamu dengan berfikir secara positif contohnya mengapa mereka cemburu. Itu kerana mereka SAYANGkan kamu!