O2Jam NX – Permainan Muzik Online Terulung PERCUMA

Pernahkah anda bermain permainan Drum Wave berasaskan Shockwave Flash, ataupun permainan arked seperti Ez2DJ atau Beatmania IIDX, yang seringkali terlalu mahal dan menelan perbelanjaan wang yang banyak? Pernahkah anda tertanya, mengapa tiada sebuah permainan PC yang berkonsep sama tetapi dengan pilihan lagu yang lebih luas dan juga berkemampuan untuk menghubungi dan mencabar pemain-pemain lain semasa real-time?

Jika begitu, anda perlu menghayati pengalaman menakjubkan yang ditawarkan dalam permainan muzik online yang terulung di Malaysia—O2Jam NX! Kepopularitiannya semakin merebak dan anda tidak mahu ketinggalan untuk melihat (dan mendengar) kehebatan permainan muzik ini.

Dengan pelancaran terkini versi “NX” O2Jam, anda dapat mengalami mod-mod terbaru seperti “Panic”, “Hidden”, “Sudden” dan banyak lagi mod permainan yang mungkin pemain-pemain veteran O2Jam dapat kenali! Juga bersama O2Jam NX, diselitkan ciri khas iaitu O2Jam “Free Server”, di mana pemain dapat mencuba O2Jam NX secara percuma!

Salah satu keistimewaan O2Jam yang online ialah permainan muzik ini mempunyai komuniti pemainnya yang tersendiri. Anda pasti dengan kebolehan anda untuk memenangi perlawanan, tetapi segan apabila bermain di pusat arked? Sentiasa merangkumi skor tertinggi dalam BeatMania IIDX tetapi anda mendapati kos bermainnya terlalu tinggi? O2Jam membolehkan anda bermain di rumah anda, pada bila-bila masa sahaja! Dapatkan “Experience” untuk “Level-Up” setiap kali anda menghabiskan satu perlawanan. Kumpulkan “Gems” supaya anda dapat membeli “item” atau alat muzik baru untuk watak permainan O2Jam anda.

Pemain O2Jam tidak perlu risau mereka akan bosan dengan asyik mendengar lagu-lagu yang sama kerana O2Jam mempunyai pilihan lagu yang amat luas dalam pelbagai genre. Bukan setakat R&B, Techno, Trance dan Rock, malah O2Jam memuatkan jenis-jenis lagu seperti solo piano, punk rock, balada, remix lagu klasikal, industrial dan juga acappela!

Jangan lupa pula, O2Jam NX dikemaskinikan beberapa kali sebulan, menambahkan kepada jumlah lagu yang sudahpun besar, dan juga “item” baru untuk digunakan dalam O2Jam. Dengan ciri-ciri menarik ini, anda pasti tertarik untuk bermain O2Jam berulang kali.

Untuk maklumat lanjut, lawatlah laman web O2Jam NX:
http://www.o2jam.com.my

Anda juga boleh melawat laman web peminat O2Jam:
http://o2jam.gamers-zone.net

Satu Respons kepada “O2Jam NX – Permainan Muzik Online Terulung PERCUMA”

  1. Mana nak download O2Jam Offline.. kat YOUTUBE dah banyak orang mainkan O2jam offline.. apa ke benda strategi mereka guna supaya dapat main o2jam offline.. sekian dan terima kasih….

Leave a Reply