AMD 64 Athlon FX cip terpantas

BERKUASA: Cip baru AMD ini lebih menjimatkan
tenaga dan berprestasi tinggi.

ADVANCED Micro Devices (AMD),
syarikat cip prosesor yang berpangkalan di Amerika Syarikat
menghasilkan cip prosesor terpantas,
AMD 64 Athlon FX yang dipasangkan pada komputer dan sistem server.

AMD adalah pertama yang menghasilkan cip prosesor
menggunakan teknologi 65 nanometer.
Ia memerlukan tenaga sebanyak 30 peratus lebih kecil
daripada jika dibandingkan dengan cip yang kelajuan
yang sama yang dibangunkan dengan teknologi 90 nanometer.

Dalam membangunkan cip baru ini,
AMD mengguna teknologi silikon germanium,
teknologi yang serupa seperti yang digunakan oleh syarikat IBM.
Cip baru AMD dikatakan lebih menjimatkan tenaga
dan berprestasi tinggi.

Naib Presiden Bahagian Pengembangan Teknologi Logik AMD,
Nick Kepler, berkata, AMD dalam membangunkan cip yan lebih kos
berkesan dan menjimatkan tenaga akan beralih ke teknologi
proses 45 nanometer pada pertengahan 2008 dan seterusnya
ke teknologi 32 nanometer pada 2010.

“Perpindahan ke teknologi yang lebih kecil lagi adalah
tindakan bagi memenuhi permintaan pasaran.

AMD bekerjasama dengan IBM dalam pengembangan
teknologi pembuatan cip prosesor ini.

“Pesaing utamanya, Intel lebih dulu mengeluarkan
cip 65 nanometer sejak Oktober 2005.
Intel malahan menghasilkan cip dengan arkitektur( reka bentuk )
baru sehingga tidak hanya menjimatkan tenaga,
tapi juga meningkatkan tenaga kinetik,” katanya.

Intel mempunyai rencana mengeluarkan cip dengan
teknologi proses 45 nanometer pada pertengahan
tahun 2007 juga berencana mulai memproduksi chip
dengan teknologi proses 45 nanometer pada pertengahan 2007.

Tinggalkan jawapan